Thursday, July 21, 2011

Abang tak kawen lain !

Malam tu lepas makan malam, Ajoy lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoy: “Kalau abang meninggal, ayang kawen lagi tak?”


Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang kawen lagi tak?”

Ajoy: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


maknanya x kawen lain kan?? 


KAHHH! KAHHH! KAHHH!

Wednesday, July 20, 2011

Apabila Virus "Fesbuk" datang melanda

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya usop pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Sopp, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Usop : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Usop : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Usop tidak pernah tahu?"  ( Pertanyaan yg penuh bersemangat )

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Usop : "?????"






P/s :: Jgn ajar nenek @ atok anda berFESBUK , nnt cmnie laa jadinya.. Wakakaa

Tuesday, July 19, 2011

Aku dah insaf !!!

Kerana sudah berasa insaf, usop pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada usop. usop tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Usop menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang usop kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



Moral of the story :: jgn bwk wallet,bwk je duit yg nk diderma.. HAHAHA.. Hati mau iklas maa...

cita - citaku dibangku sekolah

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Zakiah.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Syamsul : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Zakiah : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Hafeez : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Zakiah : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Daim dari meja belakang…


Cikgu Zakiah : Yer saya….

Daim : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak. WAHHHHHH!!!!

Cikgu Zakiah : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la awak nanti…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Daim…

Daim : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je….. ( dgn slumber dia jwb ) cool !

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga. Tp jgn hangat2 taik ayam dah lerrrr !
         "Berjaya @ tidak , tu no 2 , yg penting berusaha"

Thursday, July 14, 2011

Bola tu Bulat

korang tau? aku xtau! korang tau? aku lg x tau.. wakakaaa..


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)? 

Saintis sukan dan pemain2 veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan dan keBLURRRan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima dgn penuh kenyakinan. Chewahhh!! 

Dia jawab,"Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah... 

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 bijik bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. haaa?? ( Konfius2 ) baca lagi... haha

So, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit. 

Persoalan terjawab !!! 

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!!!



KAHHHH... KAHHHH... KAHHHHHHHH!!!


Ape - pe pon,aku tetap berjiwa "Man Utd" , ada bantahan? hahaha
Glory - Glory Manchester United
champ19n of all time!!!



*selamat membaca , dari duwa utk sume.. Fan lain boleh baca , digalakkan.. HAHA

Wednesday, July 13, 2011

Penyakit TUA

Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa. 

Wanita1 : Ehhh korang nak tahu tak ? Aku ni kan pelupa sangat tau. Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak² sangkakan dorang dah sembunyikan tuala tersebut. 

Wanita2 : Ahhh itu belum cukup teruk lagi,.. aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah,.. boleh² aku terlupa nak naik ker turun,.. tak gila kau !!! 

Wanita3 : Ahahahhahah teruklah korang ni ( ketawa berdekah² sambil tangan mengetuk² atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang ) Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh ,... korang dengar tak sesuatu ?? 

Wanita1 dan Wanita2 : Tidak ?? ( menggeleng kepala ) 

Wanita3 : Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu 

Wanita1 dan Wanita2 : !@ $% 

Rupa²nya wanita3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang. 



C n P ( just 4 trial )